Sunday, April 28, 2013

RPH Minggu Ke - 17

Rancangan Pelajaran Harian ~  22 - 26 April 2013




Tarikh 22 April 2013 (Isnin)
Minggu 17
Catatan Menghadiri Mesyuarat PBS KRSV SPM 2013
  • Tarikh: 22 April 2013
  • Tempat: UPP Matang, Kuching
  • Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Tarikh 23 April 2013 (Selasa)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Papan Peraga
  • Lakaran muka taip bagi kapsyen papan peraga serta catatan. 
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya enam jenis lakaran muka taip papan peraga dengan baik dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan pelbagai contoh rekaan muka taip melalui tayangan LCD.
  2. Guru menunjukkan cara menghasilkan rekaan muka taip dengan menggunakan perisian komputer.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran muka taip.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector dan komputer.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Berdisiplin dan tanggungjawab.
Refleksi Murid berupaya mereka kapsyen papan peraga yang sesuai dengan jenis muka taip yang dipilih melalui penggunaan perisian komputer dengan baik. Kerja murid agak lambat dan kemudahan komputer sangat terhad.
.
Tarikh 23 April 2013 (Selasa)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Seni Grafik
  • Prinsip-prinsip reka bentuk.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenaraikan kesemua prinsip-prinsip reka bentuk seni grafik serta memberikan contoh dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh rekaan seni grafik sambil menerangkan semula unsur-unsur reka bentuk yang dipelajari sebelumnya.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk menyalin nota.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh reka bentuk grafik.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati
Refleksi Majoriti murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik. Masih terdapat murid yang tidak membawa buku nota serta kandungan buku nota tidak lengkap. Mereka diberi tempoh untuk melengkapkannya.

Tarikh 24 April 2013 (Rabu)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional
Unit Pembelajaran Ukiran kayu
  • Lakaran olahan motif flora
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid diharapkan dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat lakaran olahan idea motf flora yang sesuai dijadikan motif ukiran hiasan dinding.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran olahan motif melalui tayangan LCD.
  2. Murid diminta untuk memulakan lakaran olahan berdasarkan motif pilihan masing-masing.
  3. Guru memantau dan membimbig.
  4. Persembahan hasil lakaran olahan.
  5. Sesi memberi komen.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Projector LCD
Bahan: Contoh lakaran olahan motif.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil lakaran olahan murid adalah baik. Terdapat murid yang lemah atau hasil lakaran yang kurang memuaskan diminta untuk perbaiki.

Tarikh 24 April 2013 (Rabu)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kenegaraan
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Tajuk Projek Khidmat Masyarakat
Tema Cabaran masa depan
Aktiviti Pembelajaran Projek mereka cipta pelan perumahan / model perumahan mesra alam.
  • Kerja amali dan pelaksanaan projek.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menaip laporan projek dalam komputer mengikut format dengan kemas dan baik.
Keperluan Buku rujukan PSK
Penerapan Nilai Kerjasama.
Refleksi Murid berupaya menaip laporan projek mengikut format dengan baik. Kebanyakan kumpulan masih belum melengkapkan laporan bertulis mereka atas alasan tiada kemudahan komputer.

Tarikh 24 April 2013 (Rabu)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Pembungkusan
  • Perkara-perkara penting dalam reka bentuk pembungkusan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan kesemua perkara penting dalam rekaan pembungkusan dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh pembungkusan.
  2. Murid  diminta untuk menyatakan unsur-unsur seni grafik yang terdapat pada rekaan berkenaan.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran dalam buku nota.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  7. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh pembungkusan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Kebanyakan murid berupaya menerangkan perkara-perkara penting dalam reka bentuk pembungkusan dengan baik. Terdapat juga beberapa orang murid yang lambat dan mereka diminta untuk membaca semula nota yang disalin.

Tarikh 25 April 2013 (Khamis)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca mobail
  • Kajian warna
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan empat jenis kajian warna arca mobail berdasarkan gubahan warna harmoni, kontra, panas, sejuk atau kepelbagaian dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan kajian warna.
  2. Guru menerangkan jenis-jenis gubahan warna.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lukisan kajian warna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya  lukisan murid.
Keperluan Alat: Pensil warna, kertas lukisan.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil lukisan kajian warna adalah memuaskan. Kebanyakan saiz arca yang dilukis agak kecil. Terdapat juga motif yang dilukis pada arca adalah berbeza dengan lakaran idea awal. Mereka ini diberi bimbingan serta komen serta diminta untuk membaiki kerja.

Tarikh 26 April 2013 (Jumaat)
Minggu 17
Catatan Tiada Kelas

No comments:

Post a Comment