Saturday, April 20, 2013

RPH Minggu Ke - 16

Rancangan Pelajaran Harian ~  15 - 19 April 2013




Tarikh 15 April 2013 (Isnin)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Cetakan
  • Cetakan Saring Sutera 
    • Kaedah kertas pendua
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah rekaan corak bermotif flora atau fauna pada kertas pendua A4 dengan baik;
  2. Memotong motif hasil rekaan corak pada kertas pendua A4 dengan kemas.
Aktiviti Pembelajaran Amali mereka corak.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya cetakan saring sutera kaedah kertas pendua.
  2. Guru menerangkan proses mereka corak dan cara memotong corak pada kertas pendua.
  3. Murid diminta untuk mereka corak dan memotong motif.
  4. Guru memantau dan membimbing aktiviti amali murid.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pisau, cutting mat.
Bahan: Kertas pendua A4.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan berhati-hati.
Refleksi Murid berupaya mereka corak motif flora atau fauna dengan baik. Hasil potongan kertas pendua sesetengah murid adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa orang murid tidak membawa bahan. Mereka ini diberi teguran dan diminta menyiapkan kerja di rumah.

Tarikh 15 April 2013 (Isnin)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Papan Peraga
  • Lakaran muka taip
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekrang-kurangnya 6 lakaran muka taip berkapsyenkan Jus Minuman masing-masing dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Word dengan baik.
  2. Mencetak keluar hasil lakaran muka taip dengan baik. 
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran muka taip melalui tayangan LCD.
  2. Guru menujukkan demonstrasi menggunakan perisian komputer Microsoft word.
  3. Murid diminta untuk memulakan lakaran muka taip dengan menggunakan komputer sekolah.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Murid diminta untuk mencetak keluar hasil lakaran.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Komputer PC, mesin cetak dan LCD Projektor.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Murid mununjukkan kesungguhan dalam menjalankan aktiviti amali. Proses penghasilan lakaran murid dengan menggunakan komputer agak lambat tidak pernah didedahkan dengan cara menggunakan komputer.

Tarikh 16 April 2013 (Selasa)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Papan Peraga
  • Lakaran reka bentuk papan peraga.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat cadangan reka bentuk papan peraga dengan baik, sesuai dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan pelbagai contoh papan peraga 3 dimensi melalui tayangan LCD.
  2. Guru memperkenal dan menyampaikan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran reka bentuk.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil lakaran reka bentuk beberapa orang murid menunjukkan kualiti yang baik dan kreatif. Namun masih terdapat murid yang lemah, hasil lakaran reka bentuk terlalu terikat dengan contoh yang ditunjukkan. Pelajar berkenaan diminta untuk menambahbaik hasil lakaran mereka.
.
Tarikh 16 April 2013 (Selasa)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Cetakan
  • Saring sutera
    • Kertas pendua
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua karya cetakan saring sutera kaedah kertas pendua dengan baik dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan cetakan.
Prosedur
  1. Guru menyediakan alat bahan dan membuat demonstrasi mencetak.
  2. Murid dibahagikan kumpulan dan memulakan aktiviti cetakan kaedah kertas pendua.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan hasil cetakan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pemidang saring sutera, sekuji
Bahan: Dakwat fabric dan contoh cetakan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kebersihan dan kekemasan
Refleksi Murid menunjukkan kerjasama dan minat semasa proses menghasilkan cetakan saring sutera. Kebanyakan hasil cetakan adalah baik. Guru memberi komen dan teguran tentang kekuatan, kelemahan serta permasalahan yang dihadapai sewaktu proses membuat cetakan sebagai rumusan pembelajaran. Murid juga telah didedahkan cara bagaimana disiplin membuat bingkai pada hasil cetakan sebagai kerja rumah.

Tarikh 17 April 2013 (Rabu)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Mobail
  • Lakaran reka bentuk arca mobail.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid diharapkan dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat lakaran reka bentuk arca mobail dengan kreatif, baik dan menarik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan lakaran reka bentuk arca mobail melalui tayangan LCD.
  2. Murid diminta untuk memulakan lakaran reka bentuk.
  3. Guru memantau dan membimbig.
  4. Persembahan hasil lakaran reka bentuk.
  5. Sesi memberi komen.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Projector LCD
Bahan: Contoh lakaran reka bentuk.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil lakaran reka bentuk murid adalah memuaskan. Idea murid adalah terhad dan perlu ditunjuk dengan lebih banyak contoh. Kualiti garisan murid juga perlu ditingkatkan. Murid yang lemah atau hasil lakaran yang kurang memuaskan diminta untuk perbaiki.

Tarikh 17 April 2013 (Rabu)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kenegaraan
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Tajuk Projek Khidmat Masyarakat
Tema Cabaran masa depan
Aktiviti Pembelajaran Projek mereka cipta pelan perumahan / model perumahan mesra alam.
  • mengenal pasti dan memilih tajuk projek.
  • menentukan objektif pelaksanaan projek.
  • mengenalpasti sumber yang terlibat dalam projek.
  • membahagikan tugas ahli kumpulan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menaip hasil perbincangan mesyuarat dalam komputer mengikut format dengan kemas dan baik.
Keperluan Buku rujukan PSK
Penerapan Nilai Kerjasama.
Refleksi 3 daripada 6 kumpulan telah memulakan akriviti menaip laporan dalam kumputer. Manakala 3 kumpulan lagi masih belum menyiapkan penulisan mereka.

Tarikh 17 April 2013 (Rabu)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Unsur-unsur reka bentuk.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenaraikan unsur-unsur reka bentuk grafik dengan betul.
  2. Menerangkan maksud setiap unsur rekaan grafik dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil seni grafik.
  2. Murid  diminta untuk menyatakan unsur-unsur seni yang terdapat pada rekaan berkenaan.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran dalam buku nota.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  7. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh rekaan seni grafik.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid berupaya menerangkan maksud unsur-unsur seni reka bentuk dengan baik. Terdapat beberapa orang murid tidak melengkapkan buku nota. Mereka ini diberi amaran keras.

Tarikh 18 April 2013 (Khamis)
Minggu 16
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran KRSV - Arca mobail.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan beberapa lakaran olahan perkembangan idea motif pilihan secara kreatif dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran olahan idea.
  2. Guru menerangkan teknik menghasilkan olahan.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran olahan idea.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya  lakaran murid.
Keperluan Alat: Pensil warna, kertas lukisan.
Bahan: Contoh lakaran olahan idea.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil lakaran olahan murid adalah baik. Namun masih terdapat ramai murid yang belum melaksanakan lakaran olahan. Mereka ini diberi nasihat dan amaran keras. Guru juga menegaskan penghasilan KRSV perlu mengikut jadual pelaksanaan kerja kursus.

Tarikh 19 April 2013 (Jumaat)
Minggu 16
Catatan Tiada Kelas

No comments:

Post a Comment