Sunday, November 9, 2014

RPH Minggu Ke - 45

Rancangan Pelajaran Harian ~  3 - 7 Oktober 2014




Tarikh 3 - 7 November 2014 (Isnin - Jumaat)
Minggu 45
Catatan Peperiksaan SPM Bermula

RPH Minggu Ke - 44

Rancangan Pelajaran Harian ~  27 - 31 Oktober 2014




Tarikh 27 Oktober 2014 (Isnin)
Minggu 44
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Reka Bentuk Industri
Unit Pembelajaran
  • Automobil
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. menghasilkan sebuah lakaran reka bentuk automobil berdasarkan contoh gambar yang diberi dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh-contoh lukisan reka bentuk industri.
  2. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran reka bentuk automobil berdasarkan contoh melalui tayangan LCD.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan hasil lakaran.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensil
Bahan: Buku lakaran
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan
Refleksi Kebanyakan murid berupaya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan merujuk kepada contoh lakaran dengan baik.

Tarikh 27 September 2014 (Isnin)
Minggu 44
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Kertas 1 - Teori Seni Visual
Unit Pembelajaran Kertas model peperiksaan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menjawab sekurang-kurangnya 35 soalan betul daripada 50 soalan objektif yang dikemukakan.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan kertas soalan model peperiksaan.
Prosedur
  1. Guru mengedarkan buku kerja.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan latihan.
  3. Guru mengarahkan murid membaca dan menyatakan jawapan latihan teori secara individu.
  4. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Buku kerja.
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid menunjukkan kerjasama sewaktu aktiviti pembelajaran. Berdasarkan respon murid terhadap item dalam latihan, majoriti murid berupaya menjawab soalan dengan betul.

Tarikh 28 Oktober 2014 (Selasa)
Minggu 44
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Komunikasi
Unit Pemlajaran
  • Logo
    • Syarikat Penerbangan
    • Syarikat Pelancongan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan beberapa lakaran idea logo bagi syarikat penerbangan berdasarkan motif fauna atau alam benda dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh logo.
  2. Guru memberikan tajuk tugasan.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan beberapa contoh lakaran idea logo.
  4. Persembahan hasil lakaran dan komen daripada rakan dan guru.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh logo.
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Kebanyakan murid berupaya menghasilkan lakaran idea dengan baik dan berkualiti.

Tarikh 29 Oktober 2014 (Rabu)
Minggu 44
Catatan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah 2014

Tarikh 30 Oktober 2014 (Khamis)
Minggu 44
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Sumbangan Organisasi, Institusi, dan Individu terhadap Seni Visual
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan nama, tema dan nilai yang hendak disampaikan dalam karya-karya pelukis Malaysia dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran
  • Tokoh dan Kajian karya-karya pelukis Malaysia
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh-contoh karya pelukis Malaysia.
  2. Guru meyampaikan isi pelajaran secara perbincangan dua hala.
  3. Murid diminta untuk menghayati karya pelukis tanah air seterusnya memberikan komen dari segi tema serta nilainya.
  4. Guru mengukuhkan pandangan murid.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh karya catan dan arca
Media: Catan
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Apresiasi karya seni catan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dan minat dan berupaya memberi komen yang membina ke atas karya-karya seni perbincangan.

Tarikh 30 Oktober 2014 (Khamis)
Minggu 44
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan 
  • Tajuk: Pemandangan landskap (Teknik mewarna langit, awan, hutan dan sungai.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan berhal-bendakan alam semulajadi dengan media pastel dan teknik yang sesuai dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis dan mewarna.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan oil pastel.
  2. Guru menunjukkan demonstrasi teknik melukis dan mewarna.
  3. Murid diminta untuk mengikut teknik mewarna  langkah demi langkah.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan karya lukisan murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Media: Oil Pastel
Bahan: Contoh Lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kekemasan dan penghargaan nilai estetik alam semulajadi.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan lukisan mengikut langkah-langkah mewarna dengan baik. Namun ramai murid yang tidak membawa media warna dan kurang menunjukkan komitmen yang baik. Murid diminta untuk menyiapkan latihan sebagai kerja rumah.

Tarikh 31 Oktober 2014 (Jumaat)
Minggu 44
Catatan Majlis Restu Ilmu SPM 2014