Sunday, April 7, 2013

RPH Minggu Ke - 14

Rancangan Pelajaran Harian ~  1 - 5 April 2013




Tarikh 1 April 2013 (Isnin)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca
  • Jenis-jenis arca
  • Teknik penghasilan arca
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pelbagai jenis arca serta teknik penghasilannya dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori - menyalin nota dan perbincangan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya arca.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan berdasarkan contoh karya arca.
  3. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan contoh arca.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota berdasarkan buku rujukan.
  5. Penilaian melalui sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Buku nota, contoh arca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan karya seni visual, kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik.

Tarikh 1 April 2013 (Isnin)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV).
  • Koleksi gambar.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengumpulkan koleksi gambar arca mobail dan hidupan laut untuk dijadikan motif pilihan karya.
  2. Menulis catatan serta komen terhadap koleksi gambar yang dicari dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh koleksi gambar serta cara membuat catatan.
  2. Murid diminta untuk menunjukkan hasil koleksi gambar.
  3. Murid diminta untuk membuat penyusunan dan catatan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel warna, gam, gunting dan kertas lukisan.
Bahan: Contoh folio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Murid mununjukkan pengetahuan dan pemahaman yang baik dalam menghasilkan portfolio melalui koleksi gambar motif dan catatan. 

Tarikh 2 April 2013 (Selasa)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Papan Peraga
  • Koleksi gambar papan peraga 3 dimensi.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mencari contoh-contoh gambar papan peraga melalui pelbagai sumber untuk dijadikan sumber ilham dalam penghasilan karya.
  2. Memberi komen yang membina terhadap gambar koleksi papan peraga dengan bahasa seni visual dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan pelbagai contoh papan peraga 3 dimensi melalui tayangan LCD.
  2. Guru memperkenal dan menyampaikan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mengeluarkan contoh-contoh gambar koleksi yang dicari.
  4. Aktiviti menyusun dan membuat catatan gambar koleksi dengan bahasa seni visual.
  5. Guru memantau dan membimbing.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Buku nota, contoh arca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan dan apresiasi karya arca..
Refleksi Murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya memberi komen dengan bahasa seni visual dengan baik.
.
Tarikh 2 April 2013 (Selasa)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Arca acuan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah arca acuan bermotifkan fauna dengan menggunakan Plaster of Paris dengan baik, kemas dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan arca acuan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya arca acuan.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan berdasarkan contoh arca.
  3. Guru membuat demonstrasi menghasilkan arca acuan dengan menggunakan plaster of paris.
  4. Murid diminta untuk menjalankan aktiviti amali.
  5. Guru memantau dan membimbing.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD projector.
Bahan: Plaster of Paris, contoh arca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan karya seni arca, kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid menunjukkan minat dan berupaya menghasilkan arca dengan acuan dengan baik dan berkualiti.

Tarikh 3 April 2013 (Rabu)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Kajian Rekaan Seni Visual
  • Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan realistik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebauh lukisan realistik bermotifkan hidupan laut dengan mengutamakan unsur bentuk, warna dan jalinan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan realistik.
  2. Guru menerangkan dan membuat demonstrasi teknik penghasilan lukisan realistik.
  3. Amali murid menghasilkan lukisan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan karya lukisan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel warna.
Bahan: Contoh lukisan realistik.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran dan hasil lukisan murid adalah baik.

Tarikh 3 April 2013 (Rabu)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kenegaraan
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Tajuk Projek Khidmat Masyarakat
Tema Cabaran masa depan
Aktiviti Pembelajaran Projek mereka cipta pelan perumahan / model perumahan mesra alam.
  • mengenal pasti dan memilih tajuk projek.
  • menentukan objektif pelaksanaan projek.
  • mengenalpasti sumber yang terlibat dalam projek.
  • membahagikan tugas ahli kumpulan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Membuat perancangan projek khidmat masyarakat dalam kumpulan secara bermesyuarat dengan baik dan teratur.
  2. Melaporkan hasil dapatan mesyuarat dengan jelas.
Keperluan Buku rujukan PSK
Penerapan Nilai Kerjasama.
Refleksi Murid berupaya mengendalikan mesyuarat dan keputusan perbincangan dapat dilaporkan secara ringkas dengan baik.

Tarikh 3 April 2013 (Rabu)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca acuan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengecat arca acuan yang telah dihasilkan dengan skema atau gubahan warna harmoni, kontra serta kepelbagaian secara kreatif dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Mengecat produk arca acuan.
Prosedur
  1. Guru memberi komen tentang arca acuan yang di hasilkan seterusnya membuat demonstrasi teknik mewarnakannya dengan media akrilik.
  2. Murid diminta untuk menjalankan aktiviti mewarna..
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan karya arca.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Arca acuan.
Media: Catan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi.
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesugguhan dan berupaya menjalankan aktiviti amali mewarna dengan baik.

Tarikh 4 April 2013 (Khamis)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran KRSV - Arca mobail.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan beberapa lakaran olahan perkembangan idea motif pilihan secara kreatif dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran olahan idea.
  2. Guru menerangkan teknik menghasilkan olahan.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran olahan idea.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya  lakaran murid.
Keperluan Alat: Pensil warna, kertas lukisan.
Bahan: Contoh lakaran olahan idea.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil lakaran olahan motif murid menunjukkan perkembangan idea secara berterusan dan kreatif. Namun masih terdapat hasil lakaran yang agak lemah, dan mereka ini diminta untuk membaiki lakaran semula.

Tarikh 5 April 2013 (Jumaat)
Minggu 14
Catatan Tiada Kelas

No comments:

Post a Comment