Wednesday, September 3, 2014

RPH Minggu Ke -36

Rancangan Pelajaran Harian ~  1 - 5 September 2014




Tarikh 1 September 2014 (Isnin)
Minggu 36
Catatan CUTI UMUM ~ Hari Kebangsaan

Tarikh 2 September 2014 (Selasa)
Minggu 36
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran
  • Lukisan Pensel
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan pensel bertajuk pemandangan di tepi tasik dengan menitikberatkan unsur bentuk, ruang dan jalinan.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru memaparkan contoh lukisan melalui tayangan LCD.
  2. Guru menunjukkan demonstrasi melukis.
  3. Murid diminta untuk memulakan aktiviti melukis.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan hasil lakaran atau lukisan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Penghargaan nilai estetik alam sekitar.
Refleksi Majoriti murid hanya berupaya menghasilkan lakaran. Aktiviti mewujudkan unsur ton pencahayaan dan jalinan akan bersambung kelas seterusnya.

Tarikh 3 September 2014 (Rabu)
Minggu 36
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Catatan Peperiksaan Percubaan SPM 2014
  • Kertas: Sejarah 3
  • Masa: 0940-1240

Tarikh 3 September 2014 (Rabu)
Minggu 36
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan Pensel
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan pensel bertajuk pemandangan di tepi tasik dengan menitikberatkan unsur bentuk, ruang dan jalinan.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru memaparkan contoh lukisan melalui tayangan LCD.
  2. Murid diminta untuk meneruskan aktiviti melukis bagi mewujudkan unsur ton pencahayaan, bentuk dan jalinan.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan hasil lukisan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kebersihan dan kekemasan.
Refleksi Pada keseluruhan, murid berupaya menghasilkan lukisan mengikut contoh yang ditunjukkan dengan baik. struktur bentuk hal benda berjaya ditonjolkan. Cuma kekemasan unsur ton pencahayaan dan jalinan yang dilukis perlu ditingkatkan lagi.

Tarikh 4 September 2014 (Khamis)
Minggu 36
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Catatan Peperiksaan Percubaan SPM 2014
  • Kertas: PJK
  • Masa: 0705-0805
  • Kertas: Matematik 1
  • Masa: 0810-0925

Tarikh 4 September 2014 (Khamis)
Minggu 36
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional~Anyaman
Unit Pembelajaran
  • Seni Anyaman
    • Jenis-jenis daun
    • Proses penyediaan daun
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan ciri-ciri daun anyaman serta proses penyediaan daun anyaman dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan teori seni visual
Prosedur
  1. Guru memperkenalkan topik pembelajaran dengan menunjukkan contoh karya anyaman.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mencatat dan menyatakan ciri-ciri daun anyaman serta proses penyediaan daun.
  4. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Kraf Anyaman
Bahan: Contoh hasil anyaman tikar.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Menghargai nilai keindahan dan keistimewaan seni kraf tangan tempatan.
Refleksi Murid menunjukkan minat dalam perbincangan tajuk kraf tradisional. Murid juga berupaya mencatat nota ringkas serta mampu menerangkan proses penyediaan daun anyaman dengan betul.

Tarikh 5 September 2014 (Jumaat)
Minggu 36
Catatan Menghadiri Mesyuarat Pasca Penyelarasan Kajian Rekaan Seni Visual, PBS PSV SPM 2014.

Tempat: UPP Matang
Masa : 0800-1630