Saturday, April 20, 2013

RPH Minggu Ke - 15

Rancangan Pelajaran Harian ~  8 - 12 April 2013




Tarikh 8 April 2013 (Isnin)
Minggu 15
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Cetakan
  • Jenis-jenis cetakan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pelbagai jenis cetakan serta teknik penghasilannya dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori - menyalin nota dan perbincangan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya cetakan.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan berdasarkan contoh karya cetakan.
  3. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan contoh cetakan.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota berdasarkan buku rujukan.
  5. Penilaian melalui sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Buku nota, contoh cetakan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Kebanyakan murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik. Namun masih terdapat pelajar yang lemah dan tidak membawa buku nota. Mereka ini diminta untuk menyalin nota semula sebagai kerja rumah.

Tarikh 8 April 2013 (Isnin)
Minggu 15
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca mobail.
  • Olahan motif pilihan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan beberapa lakaran olahan motif hidupan laut dengan baik, kreatif dan analitik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran olahan motif melalui tayangan LCD.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk memulakan lakaran olahan berdasarkan motif pilihan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan hasil lakaran olahan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel dan pensel warna serta LCD Projektor.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Murid mununjukkan kesungguhan dalam menjalankan aktiviti amali. Proses penghasilan lakaran murid agak lambat. Aktiviti bersambung pada kelas akan datang.

Tarikh 9 April 2013 (Selasa)
Minggu 15
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Papan Peraga
  • Lakaran reka bentuk papan peraga.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua cadangan reka bentuk papan peraga dengan baik, betul dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan pelbagai contoh papan peraga 3 dimensi melalui tayangan LCD.
  2. Guru memperkenal dan menyampaikan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran reka bentuk.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan bertanggungjawab.
Refleksi Hasil lakaran reka bentuk murid kurang memuaskan. Murid lemah dari segi konsep perspektif serta menunjukkkan idea yang terhad, kurang kreatif. Murid diminta untuk membaiki hasil reka bentuk sebagai kerja rumah.
.
Tarikh 9 April 2013 (Selasa)
Minggu 15
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Cetakan
  • Saring sutera
    • Kertas pendua
    • Profilem
    • Foto emulsi
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengenali dan mengetahui proses penghasilan cetakan saring sutera dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya cetakan saring sutera.
  2. Guru memperkenalkan alat bahan cetakan serta menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk menyalin nota.
  4. Sesi soaljawab.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pemidang saring sutera, sekuji
Bahan: Dakwat fabric dan contoh cetakan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kebersihan dan kekemasan
Refleksi Murid menunjukkan kerjasama dan minat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses penilaian melalui sesi soaljawab, didapati separuh daripada murid dalam kelas tidak menguasai isi pelajaran dengan baik dan mereka ini diminta untuk membaca nota yang disalin dan akan diuji semula pada kelas akan datang.

Tarikh 10 - 12 April 2013 (Rabu)
Minggu 15
Catatan Menghadiri Mesyuarat PBS Pendidikan Seni Visual 2611/3 Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2013
  • Rujukan: KP.LP.004.07.01.14.Jld.2.2611/3(102)
  • Tempat: Hotel Gold Course
  • Tarikh: 10 - 12 April 2013

No comments:

Post a Comment