Sunday, May 5, 2013

RPH Minggu Ke -18

Rancangan Pelajaran Harian ~  29 April - 3 Mei 2013




Tarikh 29 April 2013 (Isnin)
Minggu 18
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Logo
  • Jenis-jenis Logo.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Membanding bezakan ciri-ciri setiap jenis logo serta memberikan contoh dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh-contoh logo kepada murid.
  2. Murid diminta untuk menyatakan maklumat logo berdasarkan pengetahuan sedia ada.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat dan menyatakan isi pelajaran.
  5. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Tulis.
Bahan: Contoh logo.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid berupaya membanding bezakan ciri-cir setiap jenis logo dengan betul. Masih terdapat murid yang belum mencari contoh-contoh logo yang dipesan sebelum ini. 

Tarikh 29 April 2013 (Isnin)
Minggu 18
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Papan Peraga
  • Lakaran olahan ilustrasi papan peraga
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya 4 lakaran ilustrasi buah-buahan berdasarkan motif pilihan dengan kreatif, menarik dan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran ilustrasi melalui tayangan LCD.
  2. Guru menujukkan demonstrasi cara menghasilkan lakaran.
  3. Murid diminta untuk memulakan lakaran ilustrasi.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Murid diminta untuk mempersembahkan hasil lakaran mereka.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projektor.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Murid mununjukkan kesungguhan dalam menjalankan aktiviti amali. Namun hasil lakaran murid adalah sederhana. Idea agak terhad serta kualiti garisan menunjukkan kurang yakin.

Tarikh 30 April 2013 (Selasa)
Minggu 18
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Papan Peraga
  • Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan muka taip yang dipilih.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua cadangan reka letak ilustrasi dan muka taip dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan pelbagai contoh papan peraga 3 dimensi melalui tayangan LCD.
  2. Guru memperkenal dan menyampaikan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran reka letak ilustrasi dan muka taip.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil beberapa orang murid sahaja mampu melengkapkan lakaran reka letak dengan baik. Kebanyakan murid masih dalam proses menghasilkan lakaran ilustrasi.
.
Tarikh 30 April 2013 (Selasa)
Minggu 18
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Sistem Identiti Korporat
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat: Menyatakan ciri-ciri penting dalam sistem identiti korporat serta memberikan contoh dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh rekaan grafik identiti korporat.
  2. Guru menerangkan ciri-ciri penting dalam rekaan grafik identiti korporat.
  3. Murid diminta untuk mencatat isi penting serta memberikan contoh yang sesuai.
  4. Pengukuhan dan pengkayaan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh reka bentuk grafik.
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kebersihan dan kekemasan
Refleksi Murid berupaya menyatakan ciri-ciri reka bentuk dalam sisitem identiti korporat dengan betul. Murid diminta untuk mencari item-item promosi identiti korporat sebagai kerja rumah.

Tarikh 1 Mei 2013 (Rabu)
Minggu 18
Catatan Cuti Umum Hari Pekerja

Tarikh 2 Mei 2013 (Khamis)
Minggu 18
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Mobail
  • Lukisan 3 dimensi tiga sudut pandangan yang menarik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan tiga dimensi yang menunjukkan tiga sudut pandangan arca mobail yang menarik dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan tiga dimensi.
  2. Guru menerangkan teknik menghasilkan lukisan.
  3. Murid diminta untuk menghasilkan lukisan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran dengan persembahan karya  lakaran murid.
Keperluan Alat: Pensil warna, kertas lukisan.
Bahan: Contoh lukisan 3 dimensi.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Hasil hanya mampu menghasilkan satu sudut pandangan menarik sahaja. Proses penghasilkan lukisan murid agak lambat. Imaginasi murid juga agak lemah. Murid diminta untuk membaiki lukisan dengan merujuk kepada arca mobail yang akan dihasilkan nanti.

Tarikh 3 Mei 2013 (Jumaat)
Minggu 18
Catatan Tiada Kelas

No comments:

Post a Comment