Sunday, April 6, 2014

RPH Minggu Ke - 14

Rancangan Pelajaran Harian ~  31 Mac - 4 April 2014




Tarikh 31 Mac 2014 (Isnin)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Cetakan
  • Jenis-jenis cetakan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pelbagai jenis cetakan serta teknik penghasilannya dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori - menyalin nota dan perbincangan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya cetakan.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan berdasarkan contoh karya cetakan.
  3. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan contoh cetakan.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota berdasarkan buku rujukan.
  5. Penilaian melalui sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Buku nota, contoh cetakan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Kebanyakan murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik. Namun masih terdapat pelajar yang lemah dan kurang menunjukkan kesungguhan terutamanya murid kelas 4K10. Mereka ini diminta untuk menyalin nota semula sebagai kerja rumah.

Tarikh 31 Mac 2014 (Isnin)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Binaan
  • Lakaran Olahan idea motif maritim.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya 4 hingga 8 lakaran olahan idea berdasarkan motif pilihan dunia maritim masing-masing dengan baik, kreatif dan analitik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran olahan idea motif maritim.
  2. Guru memberi penerangan teknik penghasilan lakaran olahan.
  3. Murid diminta untuk memulakan lakaran olahan idea.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan hasil lakaran murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh portfolio dan lakaran olahan idea.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Rajin, kerjasama dan bertanggungjawab.
Refleksi Majoriti murid berupaya menghasilkan lakaran olahan idea berdasarkan motif pilihan dengan baik.   

Tarikh 1 April 2014 (Selasa)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Cetakan Mono
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah cetakan mono lino bermotifkan flora dan fauna dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali mencetak.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh cetakan monol lino.
  2. Guru membuat demonstrasi mencetak.
  3. Murid diminta untuk memulakan aktiviti amali mencetak.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Penggelek.
Media: Lino Ink.
Bahan: Kaca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kebersihan dan kekemasan.
Refleksi Murid menunjukkan minat dan berupaya menghasilkan cetakan mono dengan baik. Namun kualiti lakaran idea harus ditingkatkan.

Tarikh 2 April 2014 (Rabu)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Arca Binaan
  • Lakaran perkembangan idea.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya 4 hingga 8 lakaran olahan idea berdasarkan motif pilihan dunia maritim masing-masing dengan baik, kreatif dan analitik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran olahan idea motif maritim.
  2. Guru memberi penerangan teknik penghasilan lakaran olahan.
  3. Murid diminta untuk memulakan lakaran olahan idea.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan hasil lakaran murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh portfolio dan lakaran olahan idea.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama, kemasan dan keaslian.
Refleksi Hasil lakaran perkembangan idea murid adalah memuaskan. Murid diminta untuk menambahkan lagi lakaran sebagai kerja rumah.

Tarikh 2 April 2014 (Rabu)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Cetakan
  • Cetakan saring sutera kaedah kertas pendua.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan semua cetakan saring sutera kaedah kertas pendua bermotifkan corak tradisional dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali cetakan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh karya cetakan kertas pendua.
  2. Guru membuat demonstrasi mencetak.
  3. Murid diminta untuk memulakan aktiviti amali mencetak.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Blok saring sutera, sekuji.
Media: Fabric dye.
Bahan: Contoh cetakan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Hanya beberapa orang pelajar yang bersedia untuk menghasilkan aktiviti amali. Murid diminta untuk menyediakan kertas pendua. Aktiviti mencetak akan bersambung pada kelas akan datang.

Tarikh 3 April 2014 (Khamis)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Kajian Rekaan Seni Visual
  • Kraf tangan tradisional - ukiran kayu.
Unit Pembelajaran Lukisan Realistik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebauh lukisan realistik bermotifkan flora dengan mengutamakan unsur bentuk, warna dan jalinan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis dan mewarna.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan realistik.
  2. Guru menerangkan dan membuat demonstrasi teknik penghasilan lukisan realistik.
  3. Amali murid menghasilkan lukisan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan karya lukisan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel warna.
Bahan: Contoh lukisan realistik.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran dan kebanyakan hasil lukisan murid adalah baik dan berkualiti.

Tarikh 3 April 2014 (Khamis)
Minggu 14
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Cetakan
  • Cetakan saring sutera kaedah kertas pendua.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan semua cetakan saring sutera kaedah kertas pendua bermotifkan corak tradisional dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali mencetak.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh karya cetakan kertas pendua.
  2. Guru membuat demonstrasi mencetak.
  3. Murid diminta untuk memulakan aktiviti amali mencetak.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Blok saring sutera, sekuji.
Media: Fabric dye.
Bahan: Contoh cetakan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan karya seni visual, kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Hasil cetakan murid adalah memuaskan. Masih terdapat separuh daripada murid dalam kelas belum mencetak. Mereka diminta untuk bersedia pada kelas akan datang.

Tarikh 4 April 2014 (Jumaat)
Minggu 14
Catatan Tiada Kelas

No comments:

Post a Comment