Saturday, July 13, 2013

RPH Minggu Ke - 28

Rancangan Pelajaran Harian ~  8 - 12 Julai 2013




Tarikh 8 - 9 Julai 2013 (Isnin - Selasa)
Minggu 28
Catatan Menghadiri Mesyuarat Pra Penyelarasan Skor KRSV SPM 2013
  • Tarikh: 8-9 Julai 2013
  • Tempat: UPP Matang
  • Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang

Tarikh 10 Julai 2013 (Rabu)
Minggu 28
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Kajian Rekaan Seni Visual
  • Komunikasi Visual - Papan Peraga
Unit Pembelajaran Amali menghasilkan produk papan peraga.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Memulakan proses amali menghasilkan produk papan peraga jus minuman berdasarkan kajian dalam portfolio  dengan baik dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan produk.
Prosedur
  1. Guru menerangkan dan membuat demonstrasi cara menghasilkan produk papan peraga.
  2. Amali murid menghasilkan papan peraga.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan produk papan peraga.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pisau, cutting mat dan pembaris.
Bahan: Contoh produk papan peraga dan strawboard.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Berhati-hati dan menjaga kebersihan.
Refleksi Murid berupaya memotong strawboard berdasarkan cadangan hasil produk dengan tepat dan baik.

Tarikh 10 Julai 2013 (Rabu)
Minggu 28
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Reka Bentuk
Unit Pembelajaran Reka Bentuk Industri
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenaraikan langkah-langkah dalam proses penghasilan reka bentuk industri dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menerangkan proses penghasilan rekaan industri melalui tayangan LCD.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk membaca dan menyalin nota ringkas.
  4. Sesi soal jawab.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Media: LCD Projektor.
Bahan: Contoh produk reka bentuk industri.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi.
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati.
Refleksi Majoriti murid menunjukkan kerjasama dan berupaya menyenaraikan proses penghasilan produk rekaan industri dengan betul.

Tarikh 11 Julai 2013 (Khamis)
Minggu 28
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Kajian Rekaan Seni Visual
  • Seni Halus - Arca Mobail
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah arca mobail bermotifkan hidupan laut dengan menggunakan strawboard atau bahan lain berdasarkan cadangan dalam kajian dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan produk arca mobail.
Prosedur
  1. Guru menerangkan dan membuat demonstrasi cara menghasilkan arca mobail.
  2. Amali murid menghasilkan arca mobail berdasarkan cadangan dalam portfolio.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan karya arca.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Player, pisau, pembaris dan cutting mat.
Bahan: Dawai, benang, strawboard dan binding glue.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Bertanggungjawab, kerjasama dan berhati-hati.
Refleksi Murid telah mula mewarna motif arca mobail dengan menggunakan cat akrilik dengan baik. 

Tarikh 12 Jun 2013 (Jumaat)
Minggu 28
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4MPV
Masa 70 minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan Alam Benda
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan alam benda berobjekkan peralatan pertukangan kayu dengan baik dari segi unsur struktur bentuk, ruang, warna dan perspektif dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan alam benda melalui tayangan projektor LCD.
  2. Guru membuat demonstrasi mewarna.
  3. Murid diminta untuk memulakan aktiviti mewarna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan hasil lukisan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Media: LCD Projektor.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi.
Penerapan Nilai Penghargaan dan apresiasi karya lukisan.
Refleksi Hasil kerja murid adalah baik. Proses mewarna hanya siap 50%. Murid diminta untuk menyiapkan kerja amali mewarna sebagai kerja rumah.

No comments:

Post a Comment