Sunday, October 7, 2012

RPH Minggu Ke - 39

Rancangan Pelajaran Harian ~ 24 - 28 September 2012




Tarikh 24 September 2012 (Isnin)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional - Tembikar
Unit Pembelajaran
  • Seni Tembikar
    • Tembikar Sayong
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. menyatakan ciri-ciri, reka bentuk dan motif pada tembikar labu sayong dengan betul.
  2. menerangkan teknik pembakaran labu sayong secara tradisional dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru memperkenalkan topik pembelajaran dengan menunjukkan contoh karya tembikar dalam buku.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mencatat dan menyatakan ciri-ciri reka bentuk serta teknik pembakaran tembikar.
  4. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Tembikar
Bahan: Contoh tembikar
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan penghargaan karya tembikar.
Refleksi Murid berupaya menyatakan ciri-ciri, reka bentuk dan motif pada tembikar labu sayong serta teknik pembakarannya dengan betul.

Tarikh 24 September 2012 (Isnin)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K3 & 5K5
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional - Anyaman
Unit Pembelajaran Kelarai
  • Motif flora, fauna, geometri dan abstrak.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menbanding-bezakan motif-motif kelarai anyaman dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh gambar-gambar kelarai.
  2. Murid diminta untuk menyatakan motif kelarai.
  3. Guru menerangkan isi pelajaran.
  4. Perbincangan berdasarkan buku rujukan.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Anyaman
Bahan: Contoh gambar kelarai
Media: Kraf tangan
Rujukan: Fokus PSV SP terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Berhati-hati, kerjasama, hormat-menghormati.
Refleksi Murid dapat memahami tajuk perbincangan dengan baik serta berupaya membanding-bezakan jenis-jenis kelarai anyaman dengan betul. 
                   
Tarikh 25 September 2012 (Selasa)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K3
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional.
Unit Pembelajaran
  • Anyaman
    • Latihan menjawab soalan teori
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menjawab sekurang-kurangnya 15 soalan objektif dengan betul daripada 25 soalan yang dikemukakan.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru mengedarkan buku kerja.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan-soalan objektif.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Perbincangan kehendak soalan dan jawapan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Buku kerja.
Media: Kraf tangan
Rujukan: Fokus PSV SP terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan tolong-menolong.
Refleksi Murid berupaya menjawab soalan latihan yang dikemukakan dengan baik.

Tarikh 26 September 2012 (Rabu)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K9
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional 
Unit Pemlajaran
  • Seni Tembikar
    • Tembikar Mambong
    • Tembikar Terenang
    • Tembikar Sarawak
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. menyatakan ciri-ciri, reka bentuk dan motif pada tembikar mambong, terenang dan Sarawak dengan betul.
  2. menerangkan teknik penghasilan tembikar mambong, terenang dan Sarawak dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan teori seni visual
Prosedur
  1. Guru memperkenalkan topik pembelajaran dengan menunjukkan contoh karya tembikar dalam buku.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mencatat dan menyatakan ciri-ciri reka bentuk dan motif serta teknik pembakaran tembikar.
  4. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Tembikar
Bahan: Contoh tembikar
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Menghargai nilai keindahan dan keistimewaan seni kraf tangan tempatan.
Refleksi Kebanyakan murid berupaya menerangkan motif hiasan serta proses penghasilan tembikar dengan baik.
 
Tarikh 26 September 2012 (Rabu)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K3
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghsilkan sebuah lakaran berhal-bendakan alam benda buatan manusia dengan penekanan kepada unsur bentuk dan ruang dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan dan catan alam benda dan menerangkan teknik penghasilan dari segi media dan teknik.
  2. Murid diminta untuk memilih hal benda dan memulakan lakaran.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Murid diminta untuk menambahbaikan hasil lakaran.
  5. Persembahan hasil lakaran murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Media: Kering.
Bahan: Contoh lukisan dan catan.
Penerapan Nilai Bertanggungjawab dan kerjasama.
Refleksi Murid menunjukkan kometmen dan baik terhadap tugasan yang diberikan. Hasil lakaran murid adalah baik.

Tarikh 27 September 2012 (Khamis)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K3
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghsilkan sebuah lakaran berhal-bendakan alam benda buatan manusia dengan penekanan kepada unsur bentuk dan ruang dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis dan mewarna.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan dan catan alam benda dan menerangkan teknik penghasilan dari segi media dan teknik.
  2. Murid diminta untuk memilih hal benda dan memulakan lakaran.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Murid diminta untuk menambahbaikan hasil lakaran.
  5. Persembahan hasil lakaran murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Media: Kering.
Bahan: Contoh lukisan dan catan.
Penerapan Nilai Kekemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kometmen dan baik terhadap tugasan yang diberikan. Hasil lakaran murid adalah baik.

Tarikh 27 September 2012 (Khamis)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K9
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional dan Dimensi Baru
Unit Pembelajaran
  • Seni Tembikar
    • Latihan soalan teori
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenarai dan menerangkan perkara penting dalam hiasan dalaman dengan betul
Aktiviti Pembelajaran Latihan menjawab soalan.
Prosedur
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan latihan berbentuk objektif.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Sesi perbincangan kehendak soalan dan jawapan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel
Bahan: Lembaran kerja
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin
Refleksi Murid berupaya menjawab soalan-soalan latihan dengan baik.

Tarikh 28 September 2012 (Jumaat)
Minggu 39
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K9 
Masa 70 Minit
Bidang Kraf Tradisional
Unit Pembelajaran Seni Batik
  • Pengenalan
  • Sejarah seni batik di Malaysia
  • Jenis-jenis batik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengetahui serta menyatakan jensi-jenis batik dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni visual.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil kraf batik lukis.
  2. Guru memperkenalkan topik perbincangan serta menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran.
  4. Sesi soal-jawab. 
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Seni batik seperti canting.
Bahan: Contoh hasil batik.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama, kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid berupaya menerangkan jenis-jenis batik serta fungsinya dengan betul.

No comments:

Post a Comment