Saturday, April 25, 2015

RPH Minggu Ke - 17

Rancangan Pelajaran Harian ~  20 - 24 April 2015

Tarikh 20 April 2015 (Isnin)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Cetakan
  • Cetakan saring sutera kaedah kertas pendua.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Membuat kemasan dan persembahan hasil karya cetakan dengan catatan edisi, tajuk, nama dan tahun serta memasang bingkai mengikut disiplin cetakan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali membingkai karya cetakan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh karya cetakan yang telah dibingkaikan.
  2. Guru membuat demonstrasi membingkai.
  3. Murid diminta untuk memulakan aktiviti amali membingkai.
  4. Murid diminta untuk mencatat tiga perkara penting pada karya mengikut disiplin cetakan.
  5. Guru memantau dan membimbing.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pisau, pembaris dan cutting mat.
Media: Pensel.
Bahan: Art card dan mounting board.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kebersihan dan kekemasan.
Refleksi Murid menunjukkan minat dan semangat dalam aktiviti membingkai. Murid berupaya mencatat tiga perkara penting pada karya mengikut disiplin cetakan. Hasil karya adalah baik dan berkualiti.

Tarikh 20 April 2015 (Isnin)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Timbulan
  • Kajian reka letak arca timbulan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan empat cadangan reka letak arca timbulan dengan baik dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan Portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh cadangan reka letak.
  2. Murid diarah untuk menghasilkan lakaran reka letak.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan hasil karja.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh cadangan reka letak.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Inovatif dan kreativiti.
Refleksi Murid menunjukkan kerjasama dalam aktiviti menghasilkan portfolio. Hasil kajian reka letak adalah baik dan menarik. 

Tarikh 21 April 2015 (Selasa)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Unsur-unsur reka bentuk.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenaraikan unsur-unsur reka bentuk grafik dengan betul.
  2. Menerangkan maksud setiap unsur rekaan grafik dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil seni grafik.
  2. Murid  diminta untuk menyatakan unsur-unsur seni yang terdapat pada rekaan berkenaan.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran dalam buku nota.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  7. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh rekaan seni grafik.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid berupaya menerangkan maksud unsur-unsur seni reka bentuk dengan baik. 

Tarikh 21 April 2015 (Selasa)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Timbulan.
  • Pentaksiran KRSV.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan proses penghasilan portfolio dari tajuk koleksi gambar sehingga tajuk kajian reka letak mengikut prosedur dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pentaksiran KRSV secara individu.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh portfolio yang berkualiti.
  2. Murid diarah untuk menghantar portfolio untuk dinilai seorang demi seorang.
  3. Komen daripada guru.
  4. Penambahbaikan portfolio.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh portfolio yang berkualiti.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Penghargaan nilai estetika portfolio murid.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan portfolio mengikut spesifikasi dan prosedur dengan baik.

Tarikh 22 April 2015 (Rabu)

Tarikh 23 April 2015 (Khamis)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Timbulan.
  • Kajian warna
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat kajian  gubahan warna pada cadangan hasil akhir arca timbulan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh gubahan warna.
  2. Guru menerangkan skema warna yang sesuai pada karya arca timbulan.
  3. Murid diarah untuk membuat kajian warna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh hasil kajian warna.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama, kemasan dan kebersihan.
Refleksi Majoriti murid telah mula menghasilkan kajian warna. Namun proses penghasilan murid agak lambat. Aktiviti amali kajian warna bersambung dalam kelas seterusnya.

Tarikh 23 April 2015 (Khamis)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Seni Grafik
  • Prinsip-prinsip reka bentuk.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenaraikan kesemua prinsip-prinsip reka bentuk seni grafik serta memberikan contoh dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh rekaan seni grafik sambil menerangkan semula unsur-unsur reka bentuk yang dipelajari sebelumnya.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk menyalin nota.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh reka bentuk grafik.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati
Refleksi Majoriti murid dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik. 

Tarikh 24 April 2015 (Jumaat)
Minggu 17
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus.
Unit Pelajaran Arca Timbulan
  • Kajian warna.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat kajian  gubahan warna pada cadangan hasil akhir arca timbulan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh gubahan warna.
  2. Guru menerangkan skema warna yang sesuai pada karya arca timbulan.
  3. Murid diarah untuk membuat kajian warna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh hasil kajian warna.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dalam penghasilan kajian warna. Terdapat beberapa orang murid berjaya menghasilkan kerja dengan baik dan berkualiti. Selebihnya adalah memuaskan. Namun bagi kerja murid yang kurang memuaskan, mereka diminta untuk menambahbaikan kajian masing-masing.

No comments:

Post a Comment