Sunday, May 12, 2013

RPH Minggu Ke - 19

Rancangan Pelajaran Harian ~  6 - 10 Mei 2013




Tarikh 6 Mei 2013 (Isnin)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Pengiklanan
  • Definisi
  • Jenis-jenis pengiklanan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan maksud pengiklanan dengan betul;
  2. Menyenarai serta menerangkan jenis-jenis pengiklanan dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh hasil pengiklanan seperti papan iklan, banner, bunting, papan peraga, poster, majalah, surat khabar dan lain-lain melalui tayangan projector LCD.
  2. Murid diminta untuk menerangkan perbezaan setiap contoh pengiklanan yang ditunjukkan..
  3. Guru menerangkan isi pelajaran.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota isi pelajaran.
  5. Rumusan pelajaran dengan sesi soal jawab isi pelajaran.
Keperluan Alat: Projektor LCD
Bahan: Contoh reka bentuk pengiklanan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid berupaya membanding-bezakan jenis-jenis reka bentuk pengiklanan dari segi gubahan, saiz dan fungsinya dengan betul. 

Tarikh 6 Mei 2013 (Isnin)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Papan Peraga
  • Lakaran gabungan reka letak ilustrasi, muka taip pada reka bentuk papan peraga terpilih.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya 4 lakaran reka letak ilustrasi buah-buahan dan muka taip pillihan pada reka bentuk papan peraga dengan kreatif, menarik dan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lakaran reka letak ilustrasi dan muka taip melalui tayangan LCD.
  2. Guru menujukkan demonstrasi cara menghasilkan lakaran.
  3. Murid diminta untuk memulakan lakaran ilustrasi.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Murid diminta untuk mempersembahkan hasil lakaran mereka.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projektor.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Sesetengah murid kurang menunjukan komitmen yang baik dalam menghasilkan lakaran. Pada keseluruhan, hasil lakaran adalah sederhana. Lakaran idea reka letak yang kurang baik telah diberi komen dan pandangan supaya ianya diubahsuai.

Tarikh 7 Mei 2013 (Selasa)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Arca Mobail
  • Lukisan atau catan persembahan arca dalam situasi sebenar.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan atau catan yang menunjukkan persembahan fungsi sebenar arca mobail dalam situasi sebenar dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan situasi sebenar
  2. Murid diminta untuk menghasilkan lakaran persembahan arca mobail dan seterusnya warnakan.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Rumusan pelajaran dengan persembahan hasil lukisan.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Contoh portfolio.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid hanya mampu menghasilkan lakaran persembahan. Murid diminta untuk mewarnakan lukisan masing-masing sebagai kerja rumah.
.
Tarikh 7 Mei 2013 (Selasa)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Pengiklanandengan betul
  • Ujian topikal
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid seharusnya dapat:
  1. menjawab sekurang-kurangnya 15 soalan objektif daripada 20 soalan yang dikemukakan dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Ujian Topikal
Prosedur
  1. Guru menunjukkan soalan ujian melalui tayangan LCD.
  2. Murid diminta untuk menyalin soalan dan menjawab soalan ujian.
  3. Guru memantau.
  4. Perbincangan kehendak soalan dan jawapan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projektor.
Bahan: E-Learning PSV
Rujukan: Fokus PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan kejujuran.
Refleksi Hampir semua murid berupaya menjawab sekurang-kurangnya 10 soalan betul daripada 20 soalan yang dikemukakan.

Tarikh 8 Mei 2013 (Rabu)
Minggu 19
Mata PelajaranPendidikan Seni Visual
Tingkatan5K9 & 4K4
Masa70 Minit
Catatan Peperiksaan Penggal Pertama
  • Kertas : Bahasa Malaysia 1
  • Masa : 0710-0925

  • Kertas : Bahasa Malaysia 2
  • Masa : 1010-1240

Tarikh 9 Mei 2013 (Khamis)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Catatan Peperiksaan Penggal Pertama
  • Kertas : Bahasa Inggeris 1
  • Masa : 0740-0925

  • Kertas : Bahasa Inggeris 2
  • Masa : 1025-1240

Tarikh 10 Mei 2013 (Jumaat)
Minggu 19
Catatan Tiada Kelas

1 comment:

  1. Well planned and written RPH. Please keep up good work!

    ReplyDelete