Tuesday, May 26, 2015

RPH Minggu Ke - 19

Rancangan Pelajaran Harian ~  4 - 8 Mei 2015



Tarikh 4 Mei 2015 (Isnin)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Pembungkusan
  • Perkara-perkara penting dalam reka bentuk pembungkusan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan kesemua perkara penting dalam rekaan pembungkusan dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh pembungkusan.
  2. Murid  diminta untuk menyatakan unsur-unsur seni grafik yang terdapat pada rekaan berkenaan.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran dalam buku nota.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  7. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh pembungkusan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Kebanyakan murid berupaya menyatakan perkara-perkara penting dalam reka bentuk pembungkusan dengan baik.

Tarikh 4 Mei 2015 (Isnin)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Timbulan
  • Kajian reka letak arca timbulan.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan empat cadangan reka letak arca timbulan dengan baik dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan Portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh cadangan reka letak.
  2. Murid diarah untuk menghasilkan lakaran reka letak.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan hasil karja.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh cadangan reka letak.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Inovatif dan kreativiti.
Refleksi Murid menunjukkan kerjasama dalam aktiviti menghasilkan portfolio. Hasil kajian reka letak adalah baik dan menarik. 

Tarikh 5 Mei 2015 (Selasa)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pemlajaran Logo
  • Jenis-jenis logo
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Membanding bezakan ciri-ciri setiap jenis logo serta memberikan contoh dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh-contoh logo kepada murid.
  2. Murid diminta untuk menyatakan maklumat logo berdasarkan pengetahuan sedia ada.
  3. Guru memperkenalkan tajuk perbincangan.
  4. Murid diminta untuk mencatat dan menyatakan isi pelajaran.
  5. Guru mengukuhkan jawapan murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Tulis.
Bahan: Contoh logo.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid berupaya membanding bezakan ciri-cir setiap jenis logo dengan betul. Masih terdapat murid yang belum mencari contoh-contoh logo yang dipesan sebelum ini. 

Tarikh 5 Mei 2015 (Selasa)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Timbulan.
  • Pentaksiran KRSV.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan proses penghasilan portfolio dari tajuk koleksi gambar sehingga tajuk kajian reka letak mengikut prosedur dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pentaksiran KRSV secara individu.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh portfolio yang berkualiti.
  2. Murid diarah untuk menghantar portfolio untuk dinilai seorang demi seorang.
  3. Komen daripada guru.
  4. Penambahbaikan portfolio.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh portfolio yang berkualiti.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Penghargaan nilai estetika portfolio murid.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan portfolio mengikut spesifikasi dan prosedur dengan baik.

Tarikh 6 Mei 2015 (Rabu)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K10
Masa 70 Minit
Catatan Menghadiri Bengkel Seni Arca Timbulan Copper Tooling Sempena Minggu Kemanusiaan SMK Serian
  • Tempat: Bilik Seni SMK Serian
  • Masa: 0830 - 1600
  • Penganjur: Panitia PSV SMK Serian

Tarikh 7 Mei 2015 (Khamis)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Timbulan.
  • Kajian warna
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat kajian  gubahan warna pada cadangan hasil akhir arca timbulan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh gubahan warna.
  2. Guru menerangkan skema warna yang sesuai pada karya arca timbulan.
  3. Murid diarah untuk membuat kajian warna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh hasil kajian warna.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama, kemasan dan kebersihan.
Refleksi Majoriti murid telah mula menghasilkan kajian warna. Namun proses penghasilan murid agak lambat. Aktiviti amali kajian warna bersambung dalam kelas seterusnya.

Tarikh 7 Mei 2015 (Khamis)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Komunikasi Visual
Unit Pembelajaran Simbol
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan ciri-ciri dan fungsi simbol dengan betul.
  2. Menyenaraikan jenis-jenis simbol dengan baik
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh simbol dan pelajar diminta untuk menyatakan maksudnya.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mencatat isi-isi penting.
  4. Sesi soal jawab.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Contoh simbol.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Peka terhadap alam persekitaran, kebersihan dan kemasan.
Refleksi Murid berupaya mengikuti pembelajaran dengan baik. Murid berupaya menerangkan maksud simbol dengan betul.

Tarikh 8 Mei 2015 (Jumaat)
Minggu 19
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus.
Unit Pelajaran Arca Timbulan
  • Kajian warna.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sekurang-kurangnya empat kajian  gubahan warna pada cadangan hasil akhir arca timbulan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan portfolio KRSV.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh gubahan warna.
  2. Guru menerangkan skema warna yang sesuai pada karya arca timbulan.
  3. Murid diarah untuk membuat kajian warna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Portfolio KRSV.
Bahan: Contoh hasil kajian warna.
Rujukan: Buku Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dalam penghasilan kajian warna. Terdapat beberapa orang murid berjaya menghasilkan kerja dengan baik dan berkualiti. Selebihnya adalah memuaskan. Namun bagi kerja murid yang kurang memuaskan, mereka diminta untuk menambahbaikan kajian masing-masing.

No comments:

Post a Comment