Saturday, January 11, 2014

RPH Minggu Ke - 2

Rancangan Pelajaran Harian ~  6 - 10 Januari 2014




Tarikh 6 Januari 2014 (Isnin)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Sukatan Pelajaran
Unit Pembelajaran Kertas Peperiksaan
  • Kertas 1: Teori Seni
  • Kertas 2: Seni Halus
  • Kertas 3: Kajian Rekaan Seni Visual
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengetahui matlamat sukatan pelajaran serta format peperiksaan Pendidikan Seni Visual SPM dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pengenalan sukatan pelajaran PSV SPM
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan, artifak kerja kursus serta kertas peperiksaan.
  2. Murid diminta untuk menyatakan jenis karya dan bahan yang ditunjukkan.
  3. Guru menerangkan sukatan dan format peperiksaan PSV peringkat SPM.
  4. Guru memperkenalkan alat bahan yang diperlukan dalam pembelajaran PSV.
  5. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran serta tugasan ringkas yang diberi.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati
Refleksi Murid mengetahui dan boleh menyatakan sukatan pelajaran serta format peperiksaan SPM dengan baik.

Tarikh 6 Januari 2014 (Isnin)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Asas Seni Reka
  • Unsur-unsur Seni
  • Prinsip-prinsip Rekaan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Memahami proses, gubahan dan fungsi setiap unsur seni dan prinsip rekaan yang diaplikasikan dalam karya seni visual serta berupaya berkomunikasi dalam semua bidang seni berhubung dengan pewujudan idea dan proses penghasilan.
Aktiviti Pembelajaran Kritikan karya seni visual.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan.
  2. Murid diminta untuk menyatakan hal benda, mesej, idea serta jenis dan fungsi unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya.
  3. Guru berbincang isi pelajaran dengan murid. 
  4. Murid diminta untuk mempersembahkan karya seni visual masing-masing diikuti dengan sesi kritikan.
  5. Sesi soal jawab berdasarkan contoh hasil kerja murid.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Murid berupaya membuat interptretasi bagaimana unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dapat diaplikasikan dalam penghasilan karya seni visual dengan baik.

Tarikh 7 Januari 2014 (Selasa)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Halus
Unit Pemlajaran Asas Seni  Reka
  • Unsur-unsur seni 
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Melakar jenis-jenis garisan, rupa dan bentuk serta menyatakan fungsi unsur seni dalam gubahan seni visual dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni visual.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran.
  2. Murid diminta untuk menyatakan jenis serta fungsi unsur seni dalam penghasilan karya.
  3. Guru berbincang isi pelajaran dengan murid.
  4. Murid diminta untuk melakarkan jenis-jenis unsur seni.
  5. Sesi soal jawab berdasarkan contoh lakaran.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan lakaran unsur seni dengan baik dan kreatif.

Tarikh 8 Januari 2014 (Rabu)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pemlajaran Lukisan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah gubahan lukisan bermotifkan alam benda dengan mengaplikasikan asas seni reka secara kritis dan kreatif.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan alam benda melalui tayangan LCD..
  2. Guru menunjukkan demonstrasi teknik menghasilkan lakaran.
  3. Murid diarah untuk memulakan aktiviti melukis.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel dan pensel warna
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama, kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan lakaran objek alam benda dari sudut pandangan yang menarik secara kreatif dan kritis.

Tarikh 8 Januari 2014 (Rabu)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Asas Seni Reka
  • Unsur-unsur Seni
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pengertian, ciri-ciri serta fungsi setiap unsur-unsur seni dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori - menyalin nota dan perbincangan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh pengolahan seni visual.
  2. Guru memperkenalkan isi pelajaran, pembelajaran teori seni.
  3. Guru berbincang isi pelajaran dengan murid berdasarkan contoh olahan seni visual.
  4. Sesi soal jawab berdasarkan contoh olahan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati
Refleksi Murid mengetahui dan boleh menyatakan ciri-ciri dan fungsi setiap unsur-unsur seni dengan baik. Kecuali murid dalam kelas 4K10, proses pembelajaran lebih lambat dan skop pembelajaran dipermudahkan.

Tarikh 9 Januari 2014 (Khamis)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Lukisan
Unit Pembelajaran Teknik mewarna media kering.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan bertajuk pemandangan di tepi rumah dengan menggunakan media kering dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali mewarna.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran murid dan memberi komen.
  2. Guru menunjukkan demonstrasi teknik mewarna.
  3. murid diminta untuk memulakan aktiviti mewarna.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel warna dan krayon.
Bahan: Contoh lukisan.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan minat dan hasil lukisan adalah baik. Terdapat beberapa orang murid yang kurang menunjukkan komitmen terhadap kerja. Mereka ini diberi nasihat supaya memberi kerjasama.

Tarikh 9 Januari 2014 (Khamis)
Minggu 2
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Unsur-unsur seni
  • Bentuk
  • Ruang
  • Jalinan
Hasil Pembelajaran PPada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pengertian, ciri-ciri serta fungsi setiap unsur-unsur seni dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh pengolahan seni visual.
  2. Guru memperkenalkan isi pelajaran, pembelajaran teori seni.
  3. Guru berbincang isi pelajaran dengan murid berdasarkan contoh olahan seni visual.
  4. Murid diminta untuk menyalin nota dan menghasilkan lakaran.
  5. Sesi soal jawab berdasarkan contoh olahan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati
Refleksi Murid mengetahui dan boleh menyatakan contoh dan fungsi setiap unsur-unsur seni dengan baik.

Tarikh 10 Januari 2014 (Jumaat)
Minggu 2
Catatan Tiada Kelas

No comments:

Post a Comment