Sunday, March 17, 2013

RPH Minggu Ke - 11

Rancangan Pelajaran Harian ~  11 - 15 Mac 2013




Tarikh 11 Mac 2013 (Isnin)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca
  • Pengenalan & Sejarah seni arca di Malaysia
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Memahami dan mengetahui sejarah perkembangan seni arca di Malaysia dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori - menyalin nota dan perbincangan.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya arca.
  2. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan contoh arca.
  3. Murid diminta untuk menyalin nota.
  4. Penilaian melalui sesi soal jawab.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Buku nota, contoh arca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik.

Tarikh 11 Mac 2013 (Isnin)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV).
Unit Pembelajaran Penyediaan portfolio dan produk.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengetahui dan memahami arahan pelaksanaan kerja kursus kepada calon.
  2. Memahami dan mengetahui soalan-soalan tugasan kerja kursus dan memilih tajuk tugasan yang diminati.
Aktiviti Pembelajaran Perbuncangan kertas soalan KRSV.
Prosedur
  1. Guru mengedarkan kertas soalan KRSV.
  2. Guru menerangkan arahan kerja kursus.
  3. Perbincangan setiap soalan tugasan.
  4. Murid diminta untuk berbincang dan memilih soalan tugasan.
  5. Komen dan pandangan daripada guru.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel.
Bahan: Kertas soalan KRSV 2013.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid memahami dan mengetahui kehendak soalan tugasan KRSV dan telah memilih soalan yang mereka yakin boleh buat.

Tarikh 12 Mac 2013 (Selasa)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Arca Mobail
  • Koleksi gambar karya arca mobail.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mencari contoh-contoh gambar arca mobail melalui pelbagai sumber untuk dijadikan sumber ilham dalam penghasilan karya.
  2. Memberi komen yang membina terhadap gambar koleksi arca mobail dengan bahasa seni visual dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Penghasilan portfolio kerja kursus.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan pelbagai contoh karya arca mobail melalui tayangan LCD.
  2. Guru memperkenal dan menyampaikan isi pelajaran.
  3. Murid diminta untuk mengeluarkan contoh-contoh gambar koleksi yang dicari.
  4. Aktiviti menyusun dan membuat catatan gambar koleksi dengan bahasa seni visual.
  5. Guru memantau dan membimbing.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD Projector.
Bahan: Buku nota, contoh arca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan dan apresiasi karya arca..
Refleksi Murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya memberi komen dengan bahasa seni visual dengan baik.
.
Tarikh 12 Mac 2013 (Selasa)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pemulihan Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pemlajaran Arca
  • Jenis-jenis arca
  • Teknik penghasilan arca
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pelbagai bentuk arca serta teknik penghasilannya dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh karya arca.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan berdasarkan contoh bentuk arca.
  3. Guru menerangkan isi pelajaran berdasarkan contoh arca.
  4. Murid diminta untuk menjawab soalan latihan dalam buku.
  5. Penilaian melalui sesi soal jawab.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: LCD projector.
Bahan: Buku nota, contoh arca.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan karya seni visual, kerjasama dan berdisiplin.
Refleksi Murid memahami dan mengetahui isi pelajaran serta berupaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik.

Tarikh 13 Mac 2013 (Rabu)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Kajian Rekaan Seni Visual
  • Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan realistik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebauh lukisan realistik bermotifkan hidupan laut dengan mengutamakan unsur bentuk, warna dan jalinan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan realistik.
  2. Guru menerangkan dan membuat demonstrasi teknik penghasilan lukisan realistik.
  3. Amali murid menghasilkan lukisan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan karya lukisan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel warna.
Bahan: Contoh lukisan realistik.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran dan hasil lukisan murid adalah baik.

Tarikh 13 Mac 2013 (Rabu)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pendidikan Sivik & Kenegaraan
Tingkatan 5K9
Masa 70 Minit
Tema Hubungan kekeluargaan
Tajuk
Persiapan membina keluarga kearah pembentukan masyarakat mapan
·         Restu ibubapa/penjaga
·         Kesihatan fizikal dan mental
·         Ilmu keibubapaan
·         Kewangan yang stabil
     ·         Peraturan perkahwinan mengikut undang-undang            negara
Hasil Pembelajaran
Di akhir pelajaran, murid diharapkan akan dapat:
  • Menerangkan persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyarakat mapan
  • Menjelaskan kepentingan mematuhi peraturan perkahwinan mengikut undang-undang negara
  • Menyenaraikan ciri-ciri calon pasangan yang baik
  • Menghuraikan ciri-ciri ibu bapa yang cemerlang
Aktiviti Pembelajaran
  • Pengenalan tajuk/ unit
  • Bacaan teks dan perbincangan
  • Menyalin nota dan penerangan
Keperluan Buku rujukan PSK
Penerapan Nilai Hormat-menghormati dan kasih sayang.
Refleksi Murid memahami dan mengetahui serta berupaya menyatakan ciri-ciri pasangan dan ibu bapa yang cemerlang dengan baik.

Tarikh 13 Mac 2013 (Rabu)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca - Latihan teori seni.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Memahami kehendak soalan teori dan berupaya menjawab dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Latihan menjawab soalan.
Prosedur
  1. Guru mengedarkan buku kerja dan memberikan arahan.
  2. Murid diminta untuk menjawab soalan.
  3. Guru memantau.
  4. Perbincangan kehendak soalan dan jawapan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Buku kerja
Media: Contoh arca.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi.
Penerapan Nilai Kerjasama dan kejujuran.
Refleksi Murid menunjukkan kesugguhan dan berupaya menjawab soalan dengan betul.

Tarikh 14 Mac 2013 (Khamis)
Minggu 11
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K5 & 5K9
Masa 70 Minit
Bidang Kajian Rekaan Seni Visual
  • Seni Halus
Unit Pembelajaran Lukisan realistik.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebauh lukisan realistik bermotifkan hidupan laut dengan mengutamakan unsur bentuk, warna dan jalinan dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan realistik.
  2. Guru menerangkan dan membuat demonstrasi teknik penghasilan lukisan realistik.
  3. Amali murid menghasilkan lukisan.
  4. Guru memantau dan membimbing.
  5. Persembahan karya lukisan.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel warna.
Bahan: Contoh lukisan realistik.
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kemasan dan kebersihan.
Refleksi Murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti pembelajaran dan hasil lukisan murid adalah baik.

Tarikh 15 Mac 2013 (Jumaat)
Minggu 11
Catatan Tiada Kelas

1 comment:

  1. Cuba kenal pasti kelemahan/kegagalan P&P juga. Rekod dengan telus dan tulis cadangan untuk pembaikan.TQ. RPH kemas kini.

    ReplyDelete