Friday, January 27, 2012

RPH Minggu Pertama

Rancangan Pelajaran Harian ~ 4 - 6 Januari 2012


Tarikh 4 Januari 2012 (Rabu)
Minggu 1
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 &4K9
Masa 70 Minit
Catatan Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4

Tarikh 5 Januari 2012 (Khamis)
Minggu 1
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K9
Masa 70 Minit
Bidang Sukatan Pelajaran
Unit Pembelajaran Kertas Peperiksaan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Mengetahui matlamat sukatan pelajaran serta format peperiksaan Pendidikan Seni Visual SPM dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pengenalan sukatan pelajaran PSV SPM
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan, artifak kerja kursus serta kertas peperiksaan.
  2. Murid diminta untuk menyatakan jenis karya dan bahan yang ditunjukkan.
  3. Guru menerangkan sukatan dan format peperiksaan PSV peringkat SPM.
  4. Guru memperkenalkan alat bahan yang diperlukan dalam pembelajaran PSV.
  5. Murid diminta untuk mencatat isi pelajaran serta tugasan ringkas yang diberi.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kerjasama dan hormat-menghormati
Refleksi Murid mengetahui dan boleh menyatakan sukatan pelajaran serta format peperiksaan SPM dengan baik.

Tarikh 5 Januari 2012 (Khamis)
Minggu 1
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K3 & 5K5
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Asas Seni Reka
  • Unsur-unsur Seni
  • Prinsip-prinsip Rekaan
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan pengertian, Jenis-jenis, ciri-ciri serta fungsi setiap unsur seni dalam rekaan seni visual dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan teori seni visual.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lukisan.
  2. Murid diminta untuk menyatakan jenis serta fungsi unsur seni dalam penghasilan karya.
  3. Guru berbincang isi pelajaran dengan murid
  4. Murid diminta untuk melakarkan jenis-jenis unsur seni.
  5. Sesi soal jawab berdasarkan contoh lakaran.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan
Refleksi Murid berupaya menerangkan bagaimana unsur-unsur seni dapat diaplikasikan dalam penghasilan karya seni visual dengan baik.

Tarikh 6 Januari 2012 (Jumaat)
Minggu 1
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K7 & 4K9
Masa 70 Minit
Bidang Penghasilan Seni Visual
Unit Pembelajaran Asas Seni Reka
  • Unsur-unsur seni
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Melakar jenis-jenis garisan, rupa dan bentuk serta menyatakan fungsi unsur seni dalam gubahan seni visual dengan baik.
Aktiviti Pembelajaran Pembelajaran teori seni visual.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran.
  2. Murid diminta untuk menyatakan jenis serta fungsi unsur seni dalam penghasilan karya.
  3. Guru berbincang isi pelajaran dengan murid.
  4. Murid diminta untuk melakarkan jenis-jenis unsur seni.
  5. Sesi soal jawab berdasarkan contoh lakaran.
  6. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Pensel, krayon, pensel warna.
Bahan: Buku nota, contoh lakaran dan lukisan
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Kreativiti dan kekemasan.
Refleksi Murid berupaya menghasilkan lakaran unsur seni dengan baik.

No comments:

Post a Comment