Saturday, July 19, 2014

RPH Minggu Ke - 29

Rancangan Pelajaran Harian ~  14 - 18 Julai 2014




Tarikh 14 Julai 2014 (Isnin)
Minggu 29
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Reka Bentuk
Unit Pembelajaran Reka Bentuk Industri
  • Lukisan 3D Produk
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menghasilkan sebuah lukisan 3 dimensi berhal-bendakan produk reka bentuk industri dengan memberi penekanan kepada unsur bentuk dan warna.
Aktiviti Pembelajaran Amali melukis.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh lukisan 3 dimensi produk industri melalui tayangan projector LCD.
  2. Murid diminta untuk memulakan lakaran reka bentuk.
  3. Guru memantau dan membimbing.
  4. Persembahan hasil lakaran.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Alat: Projektor LCD
Bahan: Contoh lukisan 3D reka bentuk.
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama, berdisiplin dan kebersihan.
Refleksi Murid hanya berupaya menghasilkan lakaran reka bentuk. Aktiviti mewarna akan bersambung dalam kelas yang akan datang. Hasil lakaran murid adalah baik.

Tarikh 14 Julai 2014 (Isnin)
Minggu 29
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 5K4
Masa 70 Minit
Bidang Seni Halus
Unit Pembelajaran Arca Binaan
  • Motif Maritim
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menunjukkan proses penghasilan arca binaan bermotifkan dunia maritim dengan baik dan berkualiti.
Aktiviti Pembelajaran Amali menghasilkan arca.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh karya arca binaan yang diperbuat daripada botol plastik.
  2. Guru menerangkan proses penghasilannya.
  3. Murid diminta untuk menyatakan kekuatan dan kelemahan karya dari segi gubahan serta penggunaan alat dan bahan.
  4. Amali penghasilan arca binaan.
  5. Rumusan pelajaran.
Keperluan Bahan: Botol Plastik
Rujukan: PSV SPM
Penerapan Nilai Penghargaan dan apresiasi karya arca binaan.
Refleksi Semua murid telah menyiapkan arca binaan bermotifkan dunia maritim mengikut spesifikasi dengan baik, realistik dan artistik.

Tarikh 15 Julai 2014 (Selasa)
Minggu 29
Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tingkatan 4K5 & 4K10
Masa 70 Minit
Bidang Seni Reka Hiasan Dalaman
Unit Pemlajaran
  • Pengenalan
  • Ciri-ciri hiasan dalaman
  • Aspek penting dalam hiasan dalaman
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat:
  1. Menyenarai dan menerangkan perkara penting dalam hiasan dalaman dengan betul.
Aktiviti Pembelajaran Perbincangan dan menyalin nota teori seni visual.
Prosedur
  1. Guru menunjukkan contoh gambar hiasan dalaman melalui tayangan projektor LCD.
  2. Guru memperkenalkan isi pelajaran berdasarkan contoh gambar.
  3. Murid diminta untuk mencatat dan menerangkan isi pelajaran.
  4. Rumusan pelajaran dengan sesi soal jawab.
Keperluan Alat: LCD projektor.
Bahan: Contoh gambar hiasan dalaman
Rujukan: Teori PSV SPM terbitan Pelangi
Penerapan Nilai Kerjasama dan kesederhanaan
Refleksi Murid berupaya menyatakan maksud dan aspek penting hiasan dalaman dengan betul.

Tarikh 16-17 Julai 2014 (Rabu & Khamis)
Minggu 29
Catatan Mesyuarat Pra Penyelarasan Skor KRSV PSV SPM 2014 Peringkat Negeri Sarawak
  • Tarikh: 16-17 Julai 2014
  • Tempat: UPP Matang, Kuching
  • 8.00 pagi - 4.30 petang

Tarikh 18 Julai 2014 (Jumaat)
Minggu 29
Catatan Tiada kelas.
 

No comments:

Post a Comment